Sunday, April 7, 2019

BIODATA PENULIS

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Laptop


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Beliau sedang mengajar di salah sebuah sekolah di  
Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau ke bumi para nabi 
di Mesir menuntut dalam bidang pengkhususan al-Quran, 
seterusnya mengambil Diploma Perguruan di IPG Kampus 
Pendidikan Islam, Bangi.

Selain terlibat dalam pengajaran al-Quran, beliau juga 
membantu dalam program Kem Tahfiz Al-Quran.  

Anak kelahiran Tumpat, Kelantan ini bersekolah di SRK Sri 
Sekinchan sebelum bepindah ke SK Seksyen 19 Shah Alam. 
Selepas itu, sambung ke SAMT Tengku Ampuan Jemaah 
Shah Alam sehingga tingkatan tiga.

Kemudian beliau meneruskan pelajaran ke SAMT Kuala 
Kubu Bharu, sebelum menerima sijil SPM di SAM Batu 10 
Cheras.

Nombor tiga dari empat orang adik beradik ini, kemudian 
menyambung pelajaran di Maahad Tahfiz Negeri Pahang 
bawah tajaan Yayasan Pahang.

Sedang berusaha ceburi bidang penulisan sebagai satu 
wadah dalam menyebarkan kebaikan.  

No comments:

Post a Comment