Saturday, February 9, 2019

ALQURAN


Telah turun kitab-kitab dari langit yang wajib kita imani. Kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi kita Muhammad selawat ke atas baginda dan juga kita-kitab selebum baginda perlu diimani. 

Kitab Zabur kepada Nabi Daud alaihissalam.
Kitab Taurat kepada Nabi Musa alaihissalam.
Kitab Injil kepada Nabi Isa alaihissalam.
Kitab Al-Quran kepada Nabi Muhammad selawat atas baginda.


Oleh kerana ia diturunkan kepada Nabi Muhammad selawat ke atas baginda, melalui perantaraan Malaikat Jibril, kita perlu tahu ia dibaca secara talaqqi mushafahah.

Maksudnya adalah mengambil bacaan secara berdepan. Begitulah ia disebarkan kepada sahabat-sahabat baginda. Sebab itu walaupun kebanyakan sahabat, sebilangan besar sahabat tidak mampun membaca, begitulah caranya al-Quran diajarkan dan disebarkan.

Sehingga kini pengalaman talaqqi al-Quran secara berhadapan dengan guru tetapi diamalkan mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad selawat ke atas baginda.

Jadi untuk mempelajari al-Quran tidak cukup sekadar melalui 'online' seperti Youtube. Adalah lebih baik dipelajari secara talaqqi mushafahah dari guru-guru yang mahir.

Adapun dalam ebook Modul Tajwid ini, ditulis secara teori tentang ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran khusus berkenaan dengan tajwid. Bagaimana menguasai ilmu tajwid dengan mudah. 

Namun secara praktikal perlu dipelajari berhadapan dengan guru.


No comments:

Post a Comment