Saturday, February 9, 2019

TAJWID

Mengapa kena belajar tajwid?

Seminggu yang lalu, masa saya berjalan pulang ke rumah dari Kuala Lumpur.
Berhenti solat di RnR. Kebetulan saya telah habis solat dan ada satu jemaah solat. 

Bacaan bagus. Cuma jika nak dibetulkan adalah bacaan pada surah al-Ikhlas. Pada setiap akhir ayat, tidak perlu dipanjangkan bacaan. Berlaku kesalahan di situ. Pada setiap 4 akhir ayat dalam surah al-Ikhlas tu. 

Kemungkinan berlaku begitu kerana beberapa sebab:-

1-  Tiada orang yang menegur. 
2- Tidak pernah membaca di hadapan orang untuk diperbetulkan. 
3- Apabila belajar hanya melalui online, maka tidak berlaku proses talaqqi.

Al-Quran perlu ditalaqqi bacaan. 


TAJWID

Maksud dari bahasa adalah - mengelok dan mencantik.

Istilahnya maksud satu ilmu untuk tahu cara lafaz huruf-huruf al-Quran dengan betul.

HUKUM

Apakah hukum belajar ilmu tajwid?

Hukum belajar ilmu tajwid adalah Fadhu Kifayah. Maksud Fardhu Kifayah adalah ia tidak wajib dipelajar oleh semua orang. 

Namun, dalam mempraktikkan bacaan al-Quran wajib dengan bertajwid. Maksudnya jika anda tidak kenali mad asli itu bagaimana, ikhfak haqiqi itu macamana tetapi bila baca boleh baca dengan betul, itu sudah cukup.

Itu yang dimaksudkan mempelajarinya adalah Fadhu Kifahayah dan mengamalkannya adalah Fardhu Ain.

Fardhu Kifayah pula cukup seorang atau beberapa orang yang mahir untuk dirujuk tentang ilmu tajwid di satu-satu kampong atau masyarakat. Jika tiada yang mahir tentang ilmu ini, maka berdosalah satu kampung tersebut.

Jadi orang yang memahami ilmu tajwid ini, selain jadi tempat rujukan mereka menjadi penyelamat bagi sesebuah kampong atau masyarakat tersebut.

ARAHAN ALLAH TENTANG BACA ALQURAN DENGAN TAJWID.

وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا

"Dan Bacalah al-Quran itu dengan secara Tartil."

Ada tiga perkara dalam membaca al-Quran secara tartil

1- Tahsinun sout - Memperelokkan Suara.
2- Tajwid - Bacaan Secara Bertajwid.
3- Lagu- Tarannum Al-Quran.

Dengan tiga perkara ini maka akan terhasillah bacaan yang tartil.




No comments:

Post a Comment