Sunday, April 7, 2019

AMARAN

1. E-book ini adalah hak cipta terpelihara 
Firdaos Mohd Rawi.  

2. Anda dilarang sama sekali sama ada 
mengubah, mengedarkan atau menjual e-book 
ini kepada pihak lain.  

3. Sebarang tindakan yang menyalahi etika 
penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-
undang.

4. Sekiranya anda telah menerima e-book ini 
tanpa melalui Firdaos Mohd Rawi atau mana-
mana pengedar online yang sah, anda perlu 
laporkan kepada pihak Firdaos Mohd Rawi  

5. Tindakan anda amatlah dihargai bagi 
membanteras kegiatan-kegiatan sebegini.

6. Bagi kalian yang mahu serta mengedar e-
book ini boleh mendaftar dengan Firdaos Mohd 
Rawi

KEBERKATAN ILMU, ITU YANG KITA MAHU

 
Cetakan Pertama 2019
 
© Firdaos Mohd Rawi 2019  

BIODATA PENULIS

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Laptop


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Beliau sedang mengajar di salah sebuah sekolah di  
Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau ke bumi para nabi 
di Mesir menuntut dalam bidang pengkhususan al-Quran, 
seterusnya mengambil Diploma Perguruan di IPG Kampus 
Pendidikan Islam, Bangi.

Selain terlibat dalam pengajaran al-Quran, beliau juga 
membantu dalam program Kem Tahfiz Al-Quran.  

Anak kelahiran Tumpat, Kelantan ini bersekolah di SRK Sri 
Sekinchan sebelum bepindah ke SK Seksyen 19 Shah Alam. 
Selepas itu, sambung ke SAMT Tengku Ampuan Jemaah 
Shah Alam sehingga tingkatan tiga.

Kemudian beliau meneruskan pelajaran ke SAMT Kuala 
Kubu Bharu, sebelum menerima sijil SPM di SAM Batu 10 
Cheras.

Nombor tiga dari empat orang adik beradik ini, kemudian 
menyambung pelajaran di Maahad Tahfiz Negeri Pahang 
bawah tajaan Yayasan Pahang.

Sedang berusaha ceburi bidang penulisan sebagai satu 
wadah dalam menyebarkan kebaikan.  

Wednesday, April 3, 2019

MAD FAR'I

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Laptop


بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Mad Far'ie.

Kita sudah mengenali mad asli. Jika anda belum tahu tentang mad asli, boleh baca sini.

Mad Far'i ini adalah cabang dari Mad Asli. Asasnya adalah Mad Asli itu sendiri.


Bagaimana Boleh Terjadi Mad Far'ie?


Apabila Huruf Mad   ا و ى    bertemu dengan 

1- Huruf Hamzah Atau 

2- Bertemu dengan sukun ( Huruf Yang Bertanda Mati ) maka akan 

Terjadi MAD FAR’IE.


Di Bawah Ini Adalah Mad Far'ie








Soalan:

Ustaz, saya tidak berapa faham. Ustaz kata hufur mad bertemu dengan sukun. Saya tengok contoh Mad A'ridh Lissukun tu huruf mad و itu selepasnya huruf ن yang bukan bertanda sukun. Huruf ن itu berbaris atas.

Jawapan :

Ya, huruf yang bertanda sukun di dalam al-Quran ada 2 jenis. 

a : Sukun Asli.
b : Sukun Aaridh.










JOM KENAL HURUF MAD


Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Firdaos

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Mad Asli adalah asas yang mesti dikuasai. Sebab dengan huruf-huruf ini, akan lahir hukum mad yang lain. 

Dan akan mudah faham teori hukum mad yang lain.
Namun jika tidak dikuasai kita boleh mudah buat salah masa baca al-Quran.


PENGERTIAN MAD

Mad dari segi bahasa - Menambah

Menurut Istilah Ilmu Tajwid - Memanjangkan sebutan suara pada huruf mad atau huruf lin. 




Huruf mad  ada 3 iaitu 


Mad Asli

3 huruf ini dikira sebagai huruf mad apabila cukup dua syarat iaitu huruf mad bertanda sukun dan huruf sebelumnya adalah berbaris seperti berikut :







Contoh di atas ini dinamakan dengan MAD ASLI.

Jika sebelum huruf و dan huruf ي huruf berbaris di atas ia menjadi huruf lin seperti berikut:

Tidak dibaca panjang ketika bacaan sambung. Maksudnya dibaca satu harakat sahaja ketika sambung. Tapi bila berhenti pada kalimah yang ada harfu lin maka ia boleh dibaca panjang dengan kadar 2, 4 atau 6 harakat.




Macamana, mudah je kan.



Saturday, February 9, 2019

TAJWID

Mengapa kena belajar tajwid?

Seminggu yang lalu, masa saya berjalan pulang ke rumah dari Kuala Lumpur.
Berhenti solat di RnR. Kebetulan saya telah habis solat dan ada satu jemaah solat. 

Bacaan bagus. Cuma jika nak dibetulkan adalah bacaan pada surah al-Ikhlas. Pada setiap akhir ayat, tidak perlu dipanjangkan bacaan. Berlaku kesalahan di situ. Pada setiap 4 akhir ayat dalam surah al-Ikhlas tu. 

Kemungkinan berlaku begitu kerana beberapa sebab:-

1-  Tiada orang yang menegur. 
2- Tidak pernah membaca di hadapan orang untuk diperbetulkan. 
3- Apabila belajar hanya melalui online, maka tidak berlaku proses talaqqi.

Al-Quran perlu ditalaqqi bacaan. 


TAJWID

Maksud dari bahasa adalah - mengelok dan mencantik.

Istilahnya maksud satu ilmu untuk tahu cara lafaz huruf-huruf al-Quran dengan betul.

HUKUM

Apakah hukum belajar ilmu tajwid?

Hukum belajar ilmu tajwid adalah Fadhu Kifayah. Maksud Fardhu Kifayah adalah ia tidak wajib dipelajar oleh semua orang. 

Namun, dalam mempraktikkan bacaan al-Quran wajib dengan bertajwid. Maksudnya jika anda tidak kenali mad asli itu bagaimana, ikhfak haqiqi itu macamana tetapi bila baca boleh baca dengan betul, itu sudah cukup.

Itu yang dimaksudkan mempelajarinya adalah Fadhu Kifahayah dan mengamalkannya adalah Fardhu Ain.

Fardhu Kifayah pula cukup seorang atau beberapa orang yang mahir untuk dirujuk tentang ilmu tajwid di satu-satu kampong atau masyarakat. Jika tiada yang mahir tentang ilmu ini, maka berdosalah satu kampung tersebut.

Jadi orang yang memahami ilmu tajwid ini, selain jadi tempat rujukan mereka menjadi penyelamat bagi sesebuah kampong atau masyarakat tersebut.

ARAHAN ALLAH TENTANG BACA ALQURAN DENGAN TAJWID.

وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا

"Dan Bacalah al-Quran itu dengan secara Tartil."

Ada tiga perkara dalam membaca al-Quran secara tartil

1- Tahsinun sout - Memperelokkan Suara.
2- Tajwid - Bacaan Secara Bertajwid.
3- Lagu- Tarannum Al-Quran.

Dengan tiga perkara ini maka akan terhasillah bacaan yang tartil.




ALQURAN


Telah turun kitab-kitab dari langit yang wajib kita imani. Kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi kita Muhammad selawat ke atas baginda dan juga kita-kitab selebum baginda perlu diimani. 

Kitab Zabur kepada Nabi Daud alaihissalam.
Kitab Taurat kepada Nabi Musa alaihissalam.
Kitab Injil kepada Nabi Isa alaihissalam.
Kitab Al-Quran kepada Nabi Muhammad selawat atas baginda.


Oleh kerana ia diturunkan kepada Nabi Muhammad selawat ke atas baginda, melalui perantaraan Malaikat Jibril, kita perlu tahu ia dibaca secara talaqqi mushafahah.

Maksudnya adalah mengambil bacaan secara berdepan. Begitulah ia disebarkan kepada sahabat-sahabat baginda. Sebab itu walaupun kebanyakan sahabat, sebilangan besar sahabat tidak mampun membaca, begitulah caranya al-Quran diajarkan dan disebarkan.

Sehingga kini pengalaman talaqqi al-Quran secara berhadapan dengan guru tetapi diamalkan mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad selawat ke atas baginda.

Jadi untuk mempelajari al-Quran tidak cukup sekadar melalui 'online' seperti Youtube. Adalah lebih baik dipelajari secara talaqqi mushafahah dari guru-guru yang mahir.

Adapun dalam ebook Modul Tajwid ini, ditulis secara teori tentang ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran khusus berkenaan dengan tajwid. Bagaimana menguasai ilmu tajwid dengan mudah. 

Namun secara praktikal perlu dipelajari berhadapan dengan guru.